PENGUMUMAN..

Assalamualaikum.. Disini Djmaafkan saya ingin memohon maaf kerana sejak kebelakangan ini blog ini sunyi tanpa kabar berita.. Maaf sangat.. Dj begitu sibuk sampai xsempat untuk membuat slot2 di ganusoccer.fm.. Tapi tidak mengapa.. Malam ini Dj akan berangkat ker tanah air (TERENGGANU), so lepas ini Dj xakan sibok lagi.. Dj akan online kan radio selama 24jam tanpa henti k..!!!!!

Sunday 10 April 2011


Blog ganusoccer.fm nie siap pada pagi tadi.. Completed dihebohkan pada tengahari tadi..
N pada mase tuh, total pageviews hanya dalam 50 orang kunjungan..
Ramai jugak laa yang main2 chat..
Dan sebelum perlawanan bola sepak Terengganu vS Harimau Muda A bermula..
Saya sempat menjenguk page blog ini, total pageviews baru 100 orang kunjungan..
Selepas saya promote blog ini untuk mendengar ulasan perlawanan tersebut..
Disemua page club penyokong2 Terengganu dan Harimau Muda A yang..
Tidak dapat hadirkan diri ker SSINS untuk mendengar ulasan dari kami..
Tetibe pada peringkat awal ulasan itu, kami diganggu dengan siaran..
Radio yang teruk.. Sering buffer n tersekat2..
Kami bertungkus lumus memperbaiki kesilapan itu..
Sehinggalah perlawanan itu tamat, kami masih lagi tidak mampu mengatasinya..
Sampailah disatu masa, saya tergerak untuk melihat blog ini..
Alangkah terkejutnya, kami menerima 400 lebih kunjungann untuk mendengar..
Ulasan perlawanan dari kami.. Bayangkan, dalam satu malam 400 orang berkunjung..
Kami semua terkejut dengan kejadian itu.. Kejadian yang tak disangka2..
Barulah kami tahu, salah satu perkara yang membuatkan radio kami..
Bersiaran kurang bagus disebabkan terlalu ramai orang yang melayari radio..
Kami sehinggakan radio itu tidak mampuu untuk menanggungnya..
Kami semua akan berbincang untuk memperbaiki kesilapan tersebut..

~djmaafkan saya~

Perlawanan yang melibatkan Terengganu dan Harimau Muda A.. Telah pun berakhir setelah 90minit bertarung di atas padang.. Namun Harimau Muda A terpaksa akur.. Selepas ditundukkan oleh Sang Penyu dengan kemenangan bergaya.. 3 gol berbalas 1..

Dimana selepas wisel dibunyikan oleh pengadil, pemain2 terus mengatur gerak untuk mencari jaringan di awal permainan.. Namu Setelah 6 minit pemain2 Harimau Muda A bertungkus lumus mencari peluang itu, namun di awal minit itu pemain Harimau Muda A iaitu Khairul Azwani Ibrahim membuka jaringan dan mengejutkan semua penyokong2 Terengganu.. Khairul Azwani Ibrahim yang kelihatan tidak dikawal oleh pertahan Terengganu mudah menolak bola untuk membolosi penjaga gol Terengganu iaitu Shalbinee.

Selepas serangan itu, pemain Harimau Muda A terus mencari gol kedua di babak ke 12minit permainan, apabila penyerang pasukan itu terus mengatur gerak disebelah kiri padang Terengganu.. Namun permain pertahanan Terengganu Helmi Remeli nyata tidak mudah untuk dilepaskan dengan begitu sahaja.. Kawalan kemas oleh Helmi membuatkan serangan itu mudah dipatahkan..

Tanpa disedari, Terengganu mengatur gerak secara tiba, pantas mainan pemain2 Terengganu yang juga membuatkan pemain2 Harimau Muda A terpaku.. Ismail faruqi seorang pemain yang mempunyai idea2 kreatif di dalam merancana kan sesuatu pergerakkan.. Namun ia hampir2 terhasil, apabila Ismail Faruqi cube membuat hantaran lambung kepada Ashaari Shamsudin dengan baik sekali. Nyata ia menghampakan Ashaari Shamsudin kerana kedudukkanyer dikesan oleh pembantu pengadil.. Offside..

Hujan yang semakin renyai2 membasahi bumi negeri Terengganu.. Namun ia tidak mematahkan semangat2 penyokong n pemain2 untuk terus berjuang.. Terengganu yang semakin mempunyai rentak terus mengatur gerak untuk mencari gol penyamaan.. Ketika serangan itu dilancarkan, Abdul Hadi Yahya yang sedang mengawal bola ternampak satu ruangan untuk dirinya terus ke depan pintu.. Akhirnyer, Abdul Hadi Yahya dilayangkan kad kuning yang pertama selepas mengasari penjaga gol Harimau Muda A.

Setelah lama Sang Penyu mengintai peluang untuk menyamakan kedudukan terhasil di minit yang ke 15 apabila Ashaari Shamsudin bijak menanduk bola yang di hantar oleh Ismail Faruqi melalu sepakan sudut.. Kedudukan terikat satu sama.. Seterusnya, kad kuning yang kedua yang dilayangkan oleh pengadil kepada bekas pemain Sarawak iaitu Joseph Kalang Tie akibat menjatuhkan pemain Harimau Muda A dengan begitu keras..

Terengganu yang masih lagi mencari jaringan untuk memenangi perlawanan tersebut terus berhasil melalui jaringan cantik oleh Abdul Hadi Yahya.. Gerakan solo yang melepasi 4 pemain pertahanan Harimau Muda A, dan terus menjaringkan gol dengan begitu bergaya..

Dibabak kedua pula, perlawanan nampak bertambah sengit dan seimbang dimana pasukan Harimau Muda A mencari gol penyamaan ternyata gagal apabila Terengganu yang mempunyai barisan pertahanan yang sangat kebal. Sukar dibolosi.

Di minit2 yang terakhir, satu lagi jaringan dari pemain yang cukup lincah iaitu Ismail Faruqi melalui gerakan cantik di antara Abdul Hadi dengan Ashaari Shamsudin.. Dan Ashaari membiarkan sahaja bola itu menuju ker Ismail faruqi, dan dia tidak akan melepaskan peluang keemasan yang terhidang di depan mata dengan menyudahkannya dengan baik sekali.

Akhir kata, Terengganu telah pun memenangi perlawanan ini dengan jaringan tiga gol berbalas 1..

JARINGAN TERENGGANU:- (3)

ASHAARI SHAMSUDIN
ABDUL HADI YAHYA
ISMAIL FARUQI

JARINGAN HARIMAU MUDA A :- (1)

KHAIRUL AZWANI IBRAHIM

Saturday 9 April 2011




Malam ini 9 April 2011..
Dimana tarikh berlangsungya perlawanan TERENGGANU vs HARIMAU MUDA A..
Perlawanan ini akan berlangsung di STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH..
Pada jam 8.45 malam..

Walaupun cuaca di Terengganu hujan lebat, namun ia tidak akan..
Melunturkan semangat2 penyokong Terengganu untuk hadir pada malam ini..
Terengganu juga pernah mempunyai rekod menentang pasukan..
Harimau Muda A pada Piala FA 2009..
Terengganu pada masa itu menerima lawatan Harimau Muda A di Stadium
Sultan Mizan..
Melakarkan kemenangan dramatik dengan menewaskan Harimau Muda A..
Dengan jaringan 2 berbalas 1..

Justeru itu, Terengganu membawa bekalan yg cukup untuk bertandang di tempat..
Harimau Muda A terpaksa akur kerana Harimau membaham Penyu..
3 gol berbalas 1.. Terengganu tewas dengan agregat..

Dengan itu juga, malam ini sudah pastinya akan menjanjikan perlawanan yg sengit..
Untuk terengganu menebus kekalahan mereka pada Piala FA tahun 2009..

Kepada penyokong-penyokong, marilah kita penuhkan SSINS pada malam ini..



Tambahan itu, adik kepada TERENGGANU iaitu T-Team pula akan menghadapi..
Kesukaran apabila T-Team akan menentang pendahulu Liga Super iaitu SELANGOR..

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor..
Itu sudah pastinya sengit apabila, sekarang pasukan T-Team telah pun..
Menjumpai retak ataupun sentuhan sebenar mereka..
Dengan menewaskan pendahulu Liga Super iaitu KELANTAN dan
menewaskan pasukan Sabah dengan kemenangan yang bergaya..
Dengan kekalahan itu Kelantan turun 1 anak tangga..
Dan Selangor terus merampas takhta liga itu..

Kepada penyokong-penyokong T-Team yang sanggup bertandang ker Shah Alam..
Terima Kasih banyak-banyak kerana dengan semangat anda, anda tidak kenal..
Apa itu erti JAUH.. Tahniah.. Semangat seperti anda lah yang kami mahukan.

Apa-apa pun, malam ini misi di SSINS akan terus dilaksanakan meskipun cuaca..
Masih lagi hujan dengan lebat..
Kepada penyokong yang berada diluar dari Terengganu, anda boleh lah layari..
ganusoccer.fm ataupun www.ganusoccer.net untuk mendengar ulasan..
Perlawanan dari DJ-DJ yang terpilih..

Akhir kata dari saya, marilah kita sama-sama menyokong bola sepak di negara kita..